Merealisasikan Ruang Rumah Impian Anda Menjadi Kenyataan

Kami pengusaha kilang kabinet & interior dalaman bertempat di Hulu Langat bt14.

SELAMAT DATANG KE
PEMBUAT KABINET BUMIPUTERA

Kami adalah pengusaha kabinet & Interior yang beroperasi di Hulu Langat, Selangor.

Pelbagai material ada seperti Melamine, Laminated, Solid Nyatoh, Solid Board, 3G, 4G, 5G dan Aluminium (Biasa) dan Aluminium yang anda boleh pilih sendiri warnanya dari ratusan warna yang berada di pasaran.

Kami Bantu Cipta Kabinet Impian Seperti Ini Untuk Anda

Kepuasan Pelanggan adalah Keutamaan Kami

Kenapa Memilih Kami

Dengan lebih daripada 10 tahun penglibatan dalam pertukangan dan pembuatan kabinet. Kami bersedia untuk membangunkan apa sahaja kabinet & interior idaman anda.

Kami menyediakan kos yang paling berpatutan.

Kami menghasilkan kabinet dan interior untuk memenuhi keperluan semua orang dan menawarkannya pada harga yang berpatutan dan berpatutan

Bengkel/Kilang Sendiri

Masa renovasi lebih cepat dan murah kerana proses pembuatan semuanya dilakukan di bengkel/kilang kami. Kami tidak outsource kepada kontraktor lain

Banyak Pilihan Kemasan & Guna Bahan Berkualiti

Anda mempunyai banyak pilihan kemasan untuk pilih. Kami hanya menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka panjang.

Waranti 12 Bulan

Jikalau terdapat sebarang kerosakan, kebocoran, kabinet tanggal dan sebagainya yang berpunca dari kami, kami baiki percuma dalam tempoh 12 bulan setelah pemasangan.

Lakaran Percuma

Site visit akan dilakukan untuk lakaran kasar. Lakaran ini boleh diubah menurut citarasa anda. Setelah anda berpuas hati, kami akan teruskan dengan proses untuk keluarkan quotation.

Pekerja Bumiputera Mahir

Pekerja kami terdiri daripada pekerja mahir dalam pembinaan, berpengalaman dan profesional. Kami janjikan mutu kerja yang berkualiti dan kemas.

BAGAIMANA DAPATKAN PERKHIDMATAN KAMI

Langkah Mudah Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Kami

01. Booking

Daripada perbincangan dengan pelanggan berkenaan dengan design dan ukuran anggaran kabinet. Pihak kami akan menyediakan Quotation untuk booking fees yang perlu dijelaskan oleh pelanggan sebelum pihak kami datang untuk meeting dan membuat anggaran sebenar design kabinet.

02. Lawatan Tapak Site Measurement

Pihak kami akan membuat ukuran sebenar kabinet. Sekiranya ada perubahan harga setelah ukuran diambil. Pihak kami akan nyatakan selepas itu. Proses pemilihan material dan rekabentuk kabinet akan dipilih mengikut citarasa pelanggan.

03. Build

Pihak kami akan sertakan lukisan rekabentuk kabinet kepada pelanggan. Proses pemasangan kabinet akan dibuat di kilang. Jangka masa yang diambil sekitar 3-4 minggu. Bergantung kepada kerja dan kerumitan proses semasa membangunkan kabinet tersebut.

04. Finish

Pihak kami akan memasang kabinet di rumah anda setelah dimaklumkan pada masa yang ditetapkan. Segala proses pemasangan dilakukan dengan teliti. Sebarang masalah setelah pemasangan boleh dimaklumkan kepada kami untuk dibaik pulih segera.

Lokasi Kami

Soalan Lazim

Berapakah harga untuk membuat kabinet dengan pembuatkabinetbumiputera.com

Harga untuk tempahan Kabinet Dapur berbeza-beza berdasarkan bajet tuan rumah dan jenis bahan mentah yang hendak di gunakan.

Boleh kami dapatkan sebutharga? Bagaimana?

Ya boleh. Buat panggilan. Bagi alamat dan Pihak kami akan datang terus ke rumah Tuan/Puan untuk buat sebutharga.

Kabinet jenis apa yang ada di kilang anda?

Pelbagai material ada seperti Melamine, Laminated, Solid Nyatoh, Solid Board, 3G, 4G, 5G dan Aluminium (Biasa) dan Aluminium yang anda boleh pilih sendiri warnanya dari ratusan warna yang berada di pasaran.

Saya tidak mempunyai reka bentuk kabinet dapur. Bagaimana anda boleh membantu saya?

Lukisan percuma boleh didapati dalam perkhidmatan kami. Tetapi anda perlu menyediakan saiz bilik dapur anda, saiz lokasi tingkap, saiz lokasi pintu, ketinggian lantai hingga siling, saiz peralatan kepada kami. Sampel lakaran boleh disediakan untuk membimbing anda untuk memberi kami maklumat di atas. Kami boleh membincangkan lukisan dan membuat perubahan sehingga anda berpuas hati dengan reka bentuk.

Lokasi Liputan

Kuala Lumpur : Bangsar, Cheras, Gombak, Ampang, Pandan, City Of Kuala Lumpur, Setiawangsa, And All Site of Kuala Lumpur Selangor : Shah Alam, Puchong, Kajang, Klang, Dengkil, Petaling Jaya, Gombak, Semenyih, Batu Caves, Selayang, Salak Tinggi, Cyberjaya, Bangi, Bandar Sri Putra and All place in Klang Valley Teritory, Putrajaya Negeri Sembilan Nilai, Nilai Impian, Bandar Enstek, Pajam, Seremban 3 sahaja.